Saturday, June 6, 2015

Perbualan Bersendiri Seorang Putera Tragis

Untuk menjadi, atau tidak menjadi. Itulah persoalannya.
Samada lebih baik ditusuk panahan nasib yang terlampau baik, atau mara menentang kesusahan yang seluas laut.
Dan dengan menentang mengakhirinya!
Mati.. tidur. Tiada lagi! Dan bila dikatakan tidur maksudnya ditamatkan kepedihan hati, dan beribu kejutan semula jadi, yang diwarisi darah daging.
Ianya penyempurnaan, yang ikhlas diharapkan.

Mati.. tidur. Tidur.. barangkali dapat bermimpi. Ya! Itulah pokoknya!
Dalam tidur kematian itu apakah yang mungkin dimimpikan, selepas kita sudah bebas daripada gegelung hidup ini?
Mesti memberi kami rehat seketika.. Itulah tanda hormat.. yang menjadikan musibah hidup yang berlarutan panjangnya.

Maka siapa yang akan menanggung sebatan dan cemuhan masa?
Kesalahan penindas, caci maki orang yang bangga, rasa cinta yang dibenci, kelewatan undang-undang, kebiadaban pejabat dan penghinaan yang kesabaran mewajarkan daripada mereka yang tidak layak. Apabila dia sendiri mungkin menenangkan jiwanya. Dengan sebilah beladau?

Dan siapakah yang akan ditanggung berkas? Untuk mendengus dan berpeluh di bawah kehidupan yang meletihkan. Tapi ketakutan akan sesuatu di sebalik kematian; tiada pemgembara yang pulang.. mencabar azam.. dan membuatkan kita lebih rela menanggung kesakitan yang sedia ada; daripada terbang mencari apa yang tidak dikenali.

Maka suara hati menjadikan kita semua pengecut!
Dan maka warna asli penyelesaian, menyelimuti acuan fikiran yang kabur,
Dan segala perusahaan yang hebat dari segi kepentingan dan empulurnya, berkenaan perkara ini menjadi serba salah; dan hilang nama tindakan.

~ Petikan daripada Tragedi Omlet, Putera Denmark.

No comments: